Nama:Nunung nurjanah
Nim:106013000308
Psikologi Perkembangan Remaja
Kehidupan remaja hari ini penuh dengan pelbagai permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini kearah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan yang salah dan hitam juga mereka pilih.
Mereka seolah suka membuatsesuatu yang negative yang mendatangkan kemudharatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepadaorang lain. Apa punca dankenapa? Untuk itu SIASAH melalui wartawannya Kalsum Hj Ahmad telah menemui Saudara Mohd Ridhuan Tee Abdullah, seorang pendakwah bebas merangkap Pengarah Eurobest Holding Sdn Bhd. Banyak huraian dan penjelasan yang diungkapkan berkaitan dengan permasalahan remaja hari ini. SIASAH: Pada pandangan Saudara Mohd Ridhuan mengapa dan kenapa para remaja kita mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri mereka tetapi juga agama, bangsa dan negara?
Ridhuan Tee- Melalui kajian yang dibuat, apa yang berlaku ke atas remaja-remaja kita hari ini kerana mereka tidak memiliki hala tuju diri atau matlamat hidup. Mereka tercari-cari identiti yang mana satu hala yang hendak diikuti. Mereka tiada matlamat yang hendak dicapai.Nilai-nilai pegangan asas iaitu agama (kalau ianyaMelayu- Islam) sudah tidak lagi sebati dalam hidupmereka. Mereka sedang mencari sesuatu. Dalam pencarianitu, yang tidak baik itulah yang menjadi pilihan mereka. Dengan sebab itu kita lihat bermacam-macam perkara yang merosakkan berlaku. Ada yang terjebak dengan Black Metal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, rogoldan sebagainya.
Apa yang menyedihkan kebanyakannya berlaku kepada mereka dalam usia remaja yang gagal peperiksaan (SPM). Gagal SPM tidak beerti gagal dalam hidup. Masih banyak peluang yang menanti. Pokoknya, jangan mudah putus asa.
Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat. Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masihsamar. Oleh itusebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kenapantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian denganpermasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenalikeranaidentitinya. Berbanding negara-negara lain contohnya negara
Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnyaremaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti orang Melayu. Tetapi itu tidak kelihatan.Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat sedangkan mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak eloktetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara ini berlaku. Cuba lihat televisyen kebanyakan programnya berbentuk hiburan (kebaratan), filem-filem barat, sudahlah ekonomi dikuasai oleh barat.
Saya sedih orang kita khususnya remaja terlalu mudahmenerima pengaruh dari luar. Mana jati diri sebagairemaja Melayu, Cina atau India? Saya juga berasa pelikmengapa pengaruh dari luar ini diterima begitu pantas, cepat dan diterima secara bulat-bulat. Apakah kita kekurangan budaya dan jati diri sehingga terpakso cedok orang lain punya.
Misalnya muzik. Boleh dikatakan 98% remaja dan anak muda kita menyukai dan meminati muzik rentak barat. Apaistimewanya RAP, Heavy Metal, Hip Hop, RnB, kalaudibandingkan dengan lagu asli seperti Inang, Zapin,Joget, Keroncong yang sudah menjadi identiti kita. Ia bukan sahaja lembut tetapi begitu syahdu danmengasyikkan bila didengar. Kenapa lagu-lagu sepertiitu tidak mahu ditonjolkan. Kenapa kita perlu cedok budaya orang lain sedangkan kita ada budaya kitasendiri. Sepatutnya bila pelancong-pelancong datang, kita kena tunjukkan budaya dan identiti kita sendiri yang penuh kesopanan, nilai-nilai kelembutan. Di situlah kekuatan kita seperti apa yang dilakukan oleh negara China, Jepun, Thailand, Vietnam dan sebagainya.Mereka tetap mengutamakan ciri-ciri seni budaya yang diguna pakai sejak zaman dulu. Bukan berbangga dengan budaya dan cara hidup barat.
Contoh, Kerajaan Melaka 600 tahun, sebuah kerajaan yang hebat, terkenal di seluruh dunia. Kerajaan Melaka terkenal kerana Bangkit kerana pengaruh Islam yang menunjangi kekuatan budayanya. Dunia tidak kenal kerajaan Melaka sebelum kerajaan Melaka menerima Islam. Tetapi bilamana kerajaan Melaka menerima Islam, secara otomatik, kerajaan Melaka terangkat. Inilah kekuatan Islam. Tetapi hariini kita sedih kerana generasi kita lupa kepadasejarah. Kita ambil budaya dari luar. Inilah kegagalankita dalam memahami sejarah peradaban bangsa di dunia. Di Negara lain, sejarah tetap diingat sampai bila-bila dan cuba diulangi kegemilangannya.
Untuk menuju ke arah itu kita perlu ada persediaan yang rapi terutama mengenai kekuatan jati diri yang acuannya mestilah mengikut bangsa kita sendiri. Untuk itu kita perlu ada lima asas penting yangmenjadi tonggak dalam membentuk jati diri.
Pertama -Pegangan yaitu:
Agama hendaklah menjadi pegangan dan asas dalam kehidupan kerana agamalah yang memartabatkan kehidupan dan tamadun manusia. Tanpa agama, manusia akan terumbang ambing tanpa haluan dituju. Justeru, dengan asas yang kukuh ini, para remaja boleh membawa diri ke mana jua mereka pergi. Bagi orang Melayu Islam. Bila kita ada pegangan, kita akan redha setiap apa yang diberikan oleh Allah sama ada ketentuan baik atau burukKita tidak akan keluh kesah atau kesal di atas apa yang berlaku. Tetapi kalaulah sebaliknya, sudah pastilahkita akan mencari jalan mudah atau jalan yang tidakbaik. Contohnya gagal dalam peperiksaan, cara mudah mengatasinya hisap dadah, berpoya-poya dan sebagainya. Kerana itu kita perlu ada pegangan.
Kedua- Perjuangan- merdeka diri dari jiwa hamba, hamba kepada anasir yang merosakkan (pengaruh barat). Remaja mesti berjuang memerdekakan jiwa hamba, maksud saya hamba kepada kepada perkara negatif dan pengaruh barat yang amat mudah meresap dalam jiwa mereka. Jadi remaja Islam yang berjiwa merdeka, bebas dari sebarang kemungkaran dan kejahatan. Kita tidakakan sesekali mudah menerima perkara-perkara yangbertentangan dengan cara hidup, budaya kita.
Ketiga – Hubungan - yang sering dikaitkan dengan bahasa. Hubungan manusia diperindahkan lagi melalui bahasa. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi dan berdakwah. Bahasa lambang jati diri setiap bangsa. Bangsa sendiri hendaklah pertahankan agar ia tidak lenyap ditelan zaman.
Kita mesti mengagongkan bahasa kita. Orang Melayu bahasanya Bahasa Melayu. Sementara tulisannya adalahtulisan Jawi. Tetapi apa yang berlaku sekarang, tulisan jawi kita telah kuburkan dan bahasa kita sedang menuju ke arah kehancuran. Kalau begitu di manabahasa kita yang melambangkan sebagai alat penghubungkita sebagai bangsa Melayu dan juga sebagai alatperpaduan. Kalau kita tidak mempertahankan dan memperbaiki apa yang berlaku, acuan yang telah sediaada dalam jati diri atau identiti remaja terbantut.Bahasa tidak akan jadi lagi sebagai lambang yangmenunjukkan sesuatu bangsa itu. Contohnya banyak iklan-iklan yang kita lihat tidak melambangkan bahasadan budaya hidup kita. Bila remaja melihat semua ini,dia keliru dan dia hanya mengambil mana yang dia rasa sesuai dengan jiwanya. Tetapi apa yang saya nampak sekarang DBP sedang mengorak langkah yang cukup bijak agar bahasa dantulisan jawi dihidupkan semula.
Keempat- Hiasan- seni dan adab. Keindahan kehidupan manusia diserikan lagi dengan hiasan seni dan adab. Orang Melayu mempunyai seni dan adab yang amat baik dan lembut. Kehalusan seni termasuk hiburan adalah kekayaan Melayu Islam. Saya hairan kenapa kita berbangga menyanyikan lagu rentak barat seperti rock, heavy metal, rap, RNB, hip hop dan sebagainya. Tetapi kita tidakbanggamenyanyikanlagu Melayu sering dikaitkan dengan seni danadab. Pada saya seni dan adab yang ada pada orang Melayucukup cantikdan halus kalau ianya dipamerkan.
Contohnya cara duduk, cara bergaul sesama mahram, caramenghormati orang tua semua itu melambangkan peribadiyang sopan dan halus. Hiasan hidup ini kalauditambahkan lagi dengan cara hidup Islam ianya akan menjadilebih indah. Kalau boleh kita tidak mahu semua benda ini pupus.
Kelima- Susunan- dikaitkan dengan budaya.Budaya Melayu sememangnya sesuatu yang indahCara orang Melayu berpakaian, bercakap, bergaul danSebagainya. Sekiranya digabungkan kelima-limanya sekali akan terserlahlah keindahan, kecantikan pada orangkita. Ini kerana semua perkara ini kurang ada padabangsa lain. Mereka sudah dipengaruhi olehcara hidup orang barat.
Apa yang saya lihat, para pemimpin yang ada sekarangini nampaknya sudah mulai sedar. Misalnya tulisan Jawi cuba diselamatkan dengan menghidupkan semulapenggunaannya. Begitu juga dengan Bahasa Melayu, dipertahankan kerana ianya tunjang dan menjadi bahasarasmi negara. Kesedaran pada kerajaan juga sudah mulai ada. Mereka nampaknya cuba mendaulatkan semula tulisanjawi yang menjadi sendi kepada kedaulatan negara. Dalam hal ini kesemua perkara yang menjadi sendkepada kedaulatan negara itu perlu ditegakkan dan didaulatkan agar ianya menjadi ikutan kepada remaja.Misalnya dalam kursus-kursus bina semangat yang manaianya dihadiri oleh para remaja.
Kedua- kecantikan, kehalusan dan kelembutan agama Islam itu sendiri mereka tidak praktikkan. Mereka tahuperlunya agama dan setiap apa yang disuruh oleh agamaitu perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu ikut.Contohnya orang perempuan wajib pakai tudung bagi menutup aurat. Kenapa mesti ada alasan kalau dahberkahwin nanti baru nak pakai tudung, kenapa tidaksekarang sedangkan dia tahu benda tu wajib. Kalautidak tahu kenapa dia bercakap nanti lepas berkahwin. Ini menandakan dia tahu tetapi sengaja buat-buat taktahu. Perkara seperti inilah yang saya katakanpemahaman yang sesat lagi menyesatkan. Mereka telahmenyimpang dari arah asal kecualilah kalau mereka inijahil tentang agama. Dalam hal ini kita kena buatkalau tidak buat itu bahaya.
Begitu juga orang kata nak 'enjoy' . Kalau ikutkanboleh 'enjoy' 24 jam tetapi mengikut orang kita kalaudikatakan 'enjoy' kena pergi berhibur di 'nite club',panggung wayang, siber cafe dan sebagainya yang membuatkan pergaulan bebas lelaki perempuan.Sebenarnya 'enjoy' ni buat 'something' yang manusiasuka dan Tuhan suka yang tidak bertentangan denganfitrah manusia dan bercanggah dengan cara hidup kita.
Bukan seperti menyertai Black Metal, bercampur bebaslelaki perempuan, mengamalkan seks bebas, pijak quran,pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri budaya kita.Apakah itu yang kita kehendaki.
Ketiga sikap tidak kisah ibu bapa, satu isu yang basi.Sepatutnya sebagai ibu bapa kita perlu mengambil beratakan kehidupan anak-anak. Bukan lepas tangan semata.Dalam hal ini kita ambil contoh tentang jari kita yanglima ini. Kenapa orang tua dulu-dulu menamakan jari kita dengan nama jari kelingking/anak jari, jari manis, jarihantu, jari telunjuk dan ibu jari. Sebenarnya adacerita disebaliknya. Jari kelingking atau anak jaridiumpamakan anak kita di peringkat umur bayi sehingga 10 tahun. Sebagai bayi dan kanak-kanak pada peringkatini, kita pkena bermain-main dengan mereka, ia perlu juga dibelai, dimanja dan diberi perhatianyang khusus. Jari manis, peringkat anak di alamremaja. Di peringkat ini anak-anak diumpamakanberdarah manis. Ia perlukan pengawasan yang rapi dandisiplin diri. Waktu ini anak gadis kita sering diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Misalnya, kes-kes cabul, rogol dan sebagainya. Mereka masih belum boleh diharap. Remaja lelaki pula kalau tidak dikawal boleh terjebak ke lembah masiat dan perkara-perkara yang tidak diingini. Justeru, ibubapa hendaklah mengambil berat dan memerhatikan pergerakan mereka. Selalu telefon di rumah, Tanya apa dia buat, dah sembahyang ke belum. Kalau tengok internet, apa yangdilayarinya.
PERKEMBANGAN DAN MASALAH KOGNITIF REMAJA
Apabila memasuki lingkungan umur sebelas tahun, piaget menyatakan perkembangan kognitif manusia masuk tahap yang akhir, iaitu operasi formal. Kanak-kanak yang memasuki tahap ini berupaya berfikir dengan logik serta memahami konsep-konsep yang abstrak.
Tahap kognitif ini membolehkan para remaja berfikir tentang fikiran itu sendiri, mempelajari tatabahasa yang kompleks,konsep matematik seperti algebra dan mengendalikan tugas mental dengan menggunakan konsep serta fikiran yang kompleks.
Satu lagi perubahan kognitif remaja yang agak ketara ialah pemikiran egosentrisme remaja ( adolescence egocentrism) yang disarankan oleh Elkind,(1967). Remaja sering mengubahsuaikan persepsi tentang kebenaran alam.
Mereka sering merasai yang perhatian umum sentiasa tertumpu kepada diri, tingkahlaku, perbuatan dan sifat mereka. Elkind mengatakan bahawa para remaja sering mengada-adakan bayangan sekelompok manusia yang akan mengkritik segala tingkah lakunya sedangkan ini hanyalah bayangan pesepsi mereka yang dikuasai oleh egosentrisme remaja.
PERKEMBANGAN EMOSI SOSIAL
Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja mengalami satu proses kesedaran kendiri.
Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-kawan.
Erikson menyatakan bahawa remaja mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. Remaja akan bertanyakan ‘siapakah saya’, ‘apakah tujuan hidup ini’ dan ‘kemanakah arah sendiri’.
Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.
Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana mengaggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.
Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identity kumpulan adalah identiti mereka.
ISU-ISU BERKAITAN DENGAN REMAJA
Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.
Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama.
Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.
MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH
Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.
Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
Terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.
Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.
http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com/
CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka. Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.
Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.
Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja
Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka.
Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.
SEKSUALITI REMAJA
Pertumbuhan intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:
Perubahan peringkat pada tubuh badan
Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga
Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan teman-teman.
Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan, diri, dan masyarakat
Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.
HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH
Pengalaman pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat pertengahan dan akhir remaja.
Dalam kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih daripada 50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks.
Secara puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara seksual dalam melakukan hubungan kelamin.
Satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan kegiatan seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau ibu bapa.
Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan singkatan STD.
Amerika, gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan remaja belasan tahun daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula ebih ketara di kalangan remaja daripada kelompok rendah. Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.
BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA
Para remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru. Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi sendiri.
Bagi remaja wanita, haid adalah sesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkan ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan.
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan. Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah Bulimia.
Beberapa masalah kecil sentiasa menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering di perbesar-besarkan.
Bentuk-bentuk Konflik Remaja - Ibu bapa
Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud dalam pelbagai bentuk. Konflik ini boleh dalam bentuk konflik peribadi, sosial, aktiviti di rumah atau di sekolah, disiplin dan sebagainya. Dalam membincangkan konflik remaja dengan ibu bapa ini, sering bertindan lapis dengan istilah jurang generasi (generation gap). Sebenarnya istilah ini merujuk kepada konflik remaja dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai generasi yang lebih tua seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa generasi muda merupakan golongan yang akan memasuki tahap dewasa. Akibat penolakan hakikat yang sebenarnya maka timbullah jurang generasi atau konflik antara remaja dengan ibu bapa. Antara konflik remaja dengan ibu bapa ialah konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik own rights dan other right, dan konflik rakan sebaya.
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..“ Imam Shafie”
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, waktu, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.
Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.
Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur. “Umar Al-Khatab”
Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan
Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.
Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu
http://www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com